NADI DILEA Tuisyen Rakyat-EDUTIPS SIRI 1; RAHSIA FOKUS MAKSIMUM
6 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Julai 2026, bermula pukul 4.30 petang, 2 orang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI DILEA Tuisyen Rakyat iaitu Edutips Siri 1 yang bertajuk Rahsia Fokus Maksimum.
Program ini bertujuan membantu pelajar meningkatkan tahap fokus, disiplin dan keberkesanan ketika belajar. Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik pembelajaran yang lebih teratur serta strategi mengurus masa dengan baik bagi meningkatkan prestasi akademik. Sepanjang sesi belangsung, peserta didedahkan dengan pelbagai tips dan teknik untuk meningkatkan daya tumpuan semasa belajar, mengurangkan gangguan, membina rutin pembelajaran yang konsisten serta mengurus tekanan ketika menghadapi peperiksaan.
Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 : Gambar semasa kelas berlangsung.